Majlis Pengurniaan darjah Raja Puan Besar Perak Perkahwinan_Diraja_Raja_Dr_Nazrin_Shah

Tuanku Zara Salim Davidson yang telah diijab kabul sebagai isteri Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah hari Khamis 17 Mei 2007, diisytihar pula sebagai Raja Puan Besar Perak pada satu istiadat di Istana Iskandariah, Bukit Chandan pada hari Jumaat 18 Mei 2007.

Orang Kaya Temenggong Paduka Raja, Datuk Seri Wan Fathir Wan Hussain membaca perisytiharan kurnia gelaran itu, melaungkan ‘Daulat, Daulat, Daulat’ dan diikuti hadirin serta paluan nobat.

150 kerabat diraja terdekat serta dif kenamaan, bermula jam 10.05 pagi Jumaat dengan Datuk Seri Wan Fathir Wan Hussain, yang juga Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar, membaca perisytiharan kurnia gelaran yang diperkenan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berkuat kuasa mulai Jumaat 18 Mei 2007.

Pengurniaan gelaran itu dibuat mengikut Bahagian Kedua Fasal 35(1) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak yang memperuntukkan Sultan Perak mengurniakan gelaran itu kepada isteri Raja Muda Perak

Tunku Soraya Sultan Abdul Halim dan Datuk Seri Noraini Jane mengiringi Zara Salim Davidson. Tunku Soraya ialah puteri Sultan Kedah serta isteri Raja Kechil Sulung Perak, Raja Datuk Seri Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris, manakala Noraini Jane, adalah isteri Raja Kechil Tengah Raja Datuk Seri Ashman Shah.

Sultan Perak turut menganugerahkan Tuanku Zara Salim Davidson dengan Darjah Kerabat Seri Paduka Sultan Azlan Shah Perak Yang Dihormati (DKSA), darjah tertinggi yang dikurniakan khas kepada ahli-ahli keluarga Diraja.

Turut hadir ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun , Raja Nazrin Shah ; Raja Di Hilir Perak, Datuk Seri Raja Jaafar Raja Muda Musa , Salim Davidson dan Sharifah Azaliah Syed Omar Shahabudin serta Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali dan isteri.

Gelaran Raja Puan Besar Perak dikhaskan untuk isteri Raja Muda Perak kosong sejak dua dekad lalu berikutan kemangkatan Raja Muda Perak , Raja Ahmad Siffuddin Sultan Iskandar Shah pada April 1987.

Gelaran itu terakhir disandang oleh isteri Almarhum Raja Ahmad Siffuddin, Raja Nor Izan Raja Abdul Rashid selama tiga tahun dan selepas kemangkatan baginda, Raja Nor Izan menggunakan gelaran Yang Teramat Mulia sehinggalah Raja Nor Izan meninggal dunia 14 Julai 1998.